- Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara (KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
- Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
- Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota kadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk kawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But 'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi hijau.
- Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar
- Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap-tiap selepas lapan belas bulan.
- Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub-Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
- Apabila menerima barang-barang kelengkapan pakaian seragam tiap- iap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuan penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh Komander Platun.
- Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima kelengkapan pakian seragam menjaga barang-barang berkenaan dengan baik dan selamat. Barang-barang tersebut hendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet.Komander Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang-barang tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang - barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan sepenuhnya. Barang-barang itu kemudiannya hendaklah dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagi mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang-barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November kepada Komander Platun.
- Sekiranya barang-barang kelengkapan pakaian seragam tersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana-mana ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik harga barang-barang yang hilang itu mengikut nilai yang ditetapkan oleh stor Polis.
- Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli-ahli Kadetnya pada tiap-tiap tahun bulan Januari.
- Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepada Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu . Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. Platun Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk ukuran pakaian bagi tiap-tiap ahli Kadet.(Semua pemberian gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit dan penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan tender untuk menjahit pakaian tersebut).
- Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan dan kadet polis lelaki adalah seperti berikut:
Tatacara Pemakaian Uniform PKP
1. BAJU
Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.
2. SELUAR
Seluar panjang
3. BERET POLIS
Semua ahli Pasukan Kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.
4. LENCANA POLIS
Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret, dengan dilapik dengan pelapik biru (turquoise).
5. LENCANA BAHU
Lencana bahu kain yang bertulis 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri.
6. TALI PINGGANG
Tali pinggang nilon berwarna biru. Kepala tali pinggang berlambangkan Polis Diraja Malaysia.
7. BUTANG BAJU
Butang plastik berukuran sedang berwarna baju bagi APR (Anggota Pangkat Rendah)/anggota dan butang logam bagi pegawai kanan.
8. KASUT
Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.
9. WISEL
Sama seperti bentuk wisel polis
10. SARUNG KAKI
Sarung kaki nilon berwarna hitam.
11. APULET
Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam
12. LENCANA KOLAR
Dipakai di hujung kolar baju kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.
13. LENCANA PANGKAT
Bagi Pegawai Kanan, struktur dan bentuk adalah sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagi Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan di kiri lidah bahu baju.
14. LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.
15. TANDA NAMA
Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.
16. TALI LEHER
Tali leher PDRM berjalur berwarna biru tua hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan. Permakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.
17. WARNA PAKAIAN SERAGAM
Baju - biru gelap
Seluar - panjang biru gelap

