PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS 2012


Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail
Telaga Batin, Seberang Takir
Kuala Terengganu

19-21 April 2012

Sekolah Terlibat
SMK Merchang
SMA Marang
SMK Seri Serating
SMK Tengku Lela Segara
SMK Rusila
SMK Pengkalan Berangan
SMKA Durian Guling
SMK Wakaf Tapai
SMK Bukit Sawa
SMK Seri Payong
SMK Tun Telanai

Latihan Menembak Tahun 2012

Latihan menembak M16 telah diadakan di Lapang Sasar PDRM Kontinjen Terengganu, Lembah Bidong Darat, Setiu, Terengganu pada 8 - 9 April 2012 (Ahad - Selasa) disertai semua sekolah menengah daerah Marang.
Setiap sekolah diwakili 15 kadet lelaki dan 15 kadet perempuan kecuali SMA Marang yang diwakili 15 kadet lelaki sahaja. Jumlah keseluruhan 375 orang. Pergerakan kadet ke destinasi menggunakan trak PDRM dan bas Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sekolah-sekolah yang terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut hari sebagai mana berikut:

AHAD
SMK Merchang/SMK Seberang Marang/SMA Marang/SMK Seri Serating/SMK Wakaf Tapai

ISNIN
SMK Rusila/SMK Bukit Sawa/SMKA Durian Guling/SMK Pengkalan Berangan

SELASA
SMK Tengku Lela Segara/SMK Tun Telanai/SMK Seri Payong

Tujuan latihan ini adalah untuk mengenal pasti ahli-ahli kadet yang mendapat mata tertinggi dan bakal mewakili daerah dalam perkhemahan peringkat negeri pada 17-21 Jun 2012 nanti.
Latihan menembak ini merupakan pengalaman pertama bagi sebahagian ahli kadet yang belum pernah memegang dan menggunakan senjata api.


Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 Tahun 2012

Sambutan Hari Kor Kadet Polis Ke-42 telah berlangsung di IPD Marang pada hari Selasa, 3 April 2012 yang dihadiri oleh 20L:20P kadet daripada setiap sekolah di daerah Marang. Sambutan bermula pada pukul 7.30 pagi.
Pemeriksaan perbarisan ke atas pasukan kawalan kehormatan gabungan anggota kadet beberapa buah sekolah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Marang, DSP Ahmad Mazlan bin Yahaya.
Selepas membaca perutusan Ketua Polis Negara dan penyampaian sijil penghargaan oleh KPD Marang kepada Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum dan dua orang guru kadet setiap sekolah, acara diteruskan dengan program pencegahan jenayah bersama Kelab Pencegahan Jenayah sekolah-sekolah daerah Marang. Program tersebut diisi dengan beberapa acara menarik seperti ceramah pencegahan jenayah oleh anggota PDRM dan persembahan tarian oleh murid perempuan SMK Seberang Marang dan dikir barat oleh murid-murid Tunas Bakti (P) Bukit Chendering, Marang.
Makan tengah hari disediakan dan majlis bersurai pada pukul 1.30 tengah hari.