Pengetahuan Kepolisan dan Kenegaraan


A. Pengenalan kepada organisasi polis peringkat pusat, negeri, daerah dan balai
1. Pengenalan kepada undang-undang .
2. Kanun Keseksaan
3. Kanun Acara Jenayah
4. Aktar Dadah Merbahaya
5. Kes Juvana.
6. Akta Senjata Api
7. Akta Pengangkutan Jalan.
8. Akta Orang muda.
9. Undang-undang kecil 3/55
10. Akta Perlindungan kanak-kanak
11. Undang-undang benda meluncur /bahan letupan /senjata.
12. Akta rasuah
13. Kesalahan Tatatertib dan hukuman.


B. Kenegaraan
1. Sejarah negara Polis Diraja Malaysia
2. Kepimpinan alam PDRM semasa pemerintahan British.
3. Peristiharan Dharurat 1948.
4. Penubuhan Pasukan Polis di Semenanjung Tanah Melayu.
5. Kemerdekaan Tanah Melayu 1957
6. Sejarah Penubuhan Malaysia
7. Penglibatan polis mencegah penyeludupan Dadah
8. Penglibatan polis membantu menyelesaikan masalah muda-mudi
9. Tokoh-tokoh yang berjasa pada negara.
10. Mengenali lambang-lambang negeri dan negara, lagu-lagu patriotik.

C. Bina Diri Atau Kreativiti1. Disiplin / kerohanian .
2. Ceramah agama.
3. Hobi
4. Sembahyang Jemaah (Qiamullail)
5. Projek keceriaan
6. Bacaan doa
7. Ikrar polis
8. Jimrama berkumpulan
9. Bersukan
10. Kebudayaan Malaysia (puisi, drama, deklamasi pantun, sajak atau syair)
11. Pertandingan mengarang.
12. Sudut pameran Kadet Polis
13. Reka Cipta
14. Sukaneka dan Tradisional

D. Khidmat Masyarakat
1. Gotong royong melibatkan: kawasan sekolah, surau, masjid dan lain-lain
2. Lawatan ziarah ke: rumah kebajikan, anak yatim, orang tua, hospital
3. Pertolongan cemas
a. Mengenali konsep pertolongan cemas: Siapa perlu terlibat; Prinsip pertolongan cemas
b. Mengenali dan mengetahui: Tempat kemalangan, jenis kenderaan, sebab berlaku dan cara mengelak kemalangan
c. Mengenali dan mengetahui alat pertolongan cemas, alat yang perlu ada pada kotak pertolongan cemas
d. Cara pertolongan cemas Pitam, patah, tarseliuh, kekejangan, gigitan binatang
e. Cara membuat alatan pertolongan cemas: pengusung
f. Kerja amali kepada kes kes yang dirancang: Patah, pitam, berdarah
g. Lawatan ke unit kecemasan: Hospital, balai polis dan bomba
h. Mengenali CPR/bantu mula
i. Kebombaan: Cara mencegah kebakaran, barang mudah terbakar dan alat lawan api

KETAHANAN DIRI

A. Perkhemahan
-Kursus pengurusan kepimpinan pegawai kanan Kadet Polis
-Kursus kepimpinan pangkat rendah [ARP]
-Perkhemahan orientasi Kadet Polis
-Perkhemahan tahunan Kadet Polis
-Perkhemahan tahunan peringkat kebangsaan

B. Kawad
- Sedia / Senang diri / Rehatkan diri
a. Hentak kaki /Berhenti masa berdiri
b. Melangkah ke hadapan / ke belakang
c. Langkah merusuk kiri / kanan
- Baris dalam tiga barisan / luruskan barisan / kekanan lurus / kederetan kosong / terangkan
- Buka / tutup barisan / nombor / terangkan
a. Masuk baris / terangkan
b. Bersurai keluar baris
- Berpusing ke kiri / kanan / belakang / separuh alam berhanti.
- Berjalan / berhenti dalam cepat / belok kiri / kanan
- Hormat tanpa topi / berpakaian awam / pandang kiri / kanan dan lain lain
- Hormat ke hadapan selaku terima sijil
- Hormat ke kanan / kiri semasa jalan
- Berjalan / berhenti dalam perlahan masa / belok ke kiri / kanan
- Hentak kaki / maju / berhenti dalam cepatmasa
- Berpusing ke kiri / kanan / belakang / separuh dalam cepet masa
- Hentak kaki maju berhenti dalam perlahan masa
- Berpusing kiri / kanan / belakang / separuh dalam perlahan masa
a.Tukar langkah cepat / perlahan dan sebaliknya
b.Panjangkan / pendekan langkah semasa berjalan cepat perlahan masa
- Buka / tutup barisan semasa berjalan cepat / perlahan
- Paraskan skuad / terangkan
- Tukar haluan dalam berhenti / berjalan cepat / perlahan masa
- Jadikan skuad masa berhenti / berjalan cepat / perlahan masa
- Dari tiga jadikan satu barisan dan sebaliknya
- Barisan bertiga-tiga jadikan satu barisan

C. Mata pelajaran kawad senjata- Sedia / senang diri / rehatkan diri dan masuk baris
- Julang senjata dari turun
- Julang senjata dari rusuk
- Rusuk senjata dari turun dan sebaliknya
- Hormat dari rusuk / Rusuk dari hormat
- Hormat dari turun / turun dari hormat
- Periksa senjata dari rusuk / lepaskan sping
- Pariksa senjata dari turun / lepaskan spring
- Hormat ke hadapan semasa berjalan
- Hormat ke kanan / kiri semasa berjalan
- Bimbit dari rusuk / rusuk dari bimbit
- Bimbit dari julang / julang dari bimbit
- Kalih senjata dari rusuk
- Kalih senjata dari bimbit
- Pergerakan bimbit ssenjata semasa berjalan
- Pergerakan kalih senjata semasa berjalan
- Baring angkat senjata dan senjata di tepi padang gerak
a. sedia senjata dari turun dan sebaliknya
b. sedia senjata dari rusuk dan sebaliknya
c. sedia senjata dari julang dan sebaliknya
- selaku sentri [kawad sentri]
- pasang benet / tanggal benet
- songsang senjata dari hormat dan sebaliknya
- peraturan perbarisan kehormatan

D. Merentas Halangan
- Panjat dan turun
- Titian gantung
- Titian imbangan
- Bergayut
- Merangkak
- Tembok halangan
- Naik dan turun
- Lompat berayun
- Terowong
- Tangga panjat

Uniform Pasukan Kadet Polis


  1. Anggota-anggota PKP hendaklah dilengkapkan dengan pakaian seragam sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Polis Negara (KPN 22/1/21 bertarikh 19 Februari 1970.2.
  2. Anggota-anggota PKP hendaklah memakai pakaian seragam yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara :- 2.1. Semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan semasa bertugas/latihan atau semasa pergi/balik latihan. 2.2. Dalam mesyuarat, perbarisan dan majlis-majlis lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pegawai Pemerintah. 2.3. Pada bila-bila masa yang dibenarkan oleh Pegawai Pemerintah.
  3. Jenis/peralatan pakaian seragam yang ditetapkan kepada anggota kadet. 3.1. Pakaian kawad (Drill Order), But kawad, Angklet, Tali Pinggang Hitam (untuk kawad biasa), Selempang Putih (untuk kawad perbarisan). 3.2. Pakaian Hijau (Jungle Green), But 'antispike', Baju Hijau, Seluar Hijau, Tali Pinggang Hijau, Topi hijau.
  4. Setiap Ahli Kadet Polis yang baru dilantik dikehendaki mempunyai sepasang baju Kadet Polis. Selain itu mereka perlu melengkapkan uniform mereka dengan aksesori berikut : a) Sepasang kasut hitam b) Sepasang sarung kaki hitam c) Beret d) Lencana beret berpelapik biru e) Tali pinggang biru tua f) Rantai kocek (land yard) g) Wisel h) Sepasang lencana bahu i) Sepasang lencana kolar
  5. Kelengkapan bagi kasut dan beret boleh ditukar pada tiap-tiap selepas lapan belas bulan.
  6. Lencana Kopral,Sarjan ,Sarjan Mejar dan Sub-Inspektor akan dibekalkan apabila mereka naik pangkat.
  7. Apabila menerima barang-barang kelengkapan pakaian seragam tiap- iap Ahli Kadet dikehendaki menandatangani borang akuan penerimaan seperti lampiran "A" dengan disaksikan oleh Komander Platun.
  8. Adalah menjadi tanggungjawab ahli kadet yang menerima kelengkapan pakian seragam menjaga barang-barang berkenaan dengan baik dan selamat. Barang-barang tersebut hendaklah dikembalikan kepada Komander Platun apabila seseorang ahli kadet berhenti dari menjadi kadet.Komander Platun adalah bertanggungjawab menerima balik barang-barang tersebut dan memeriksa serta menentukan semua barang - barang yang dikeluarkan kepada kadet itu diterima balik dengan sepenuhnya. Barang-barang itu kemudiannya hendaklah dikembalikan oleh Komander Platun kepada stor Polis.Bagi mereka yang berhenti kerana tamat persekolahan barang-barang tersebut hendaklah dikembalikan pada bulan November kepada Komander Platun.
  9. Sekiranya barang-barang kelengkapan pakaian seragam tersebut dihilangkan atau tidak dipulangkan oleh mana-mana ahli kadet,maka ahli Kadet tersebut dikehendaki membayar balik harga barang-barang yang hilang itu mengikut nilai yang ditetapkan oleh stor Polis.
  10. Adalah menjadi tanggungjawab Komander Platun untuk memesan semua pakaian seragam dari setor Polis,untuk ahli-ahli Kadetnya pada tiap-tiap tahun bulan Januari.
  11. Bagi menukar pakaian seragam untuk mengganti pakaian seragam lama,Kadet dikehendaki melaporkan perkara ini kepada Komander Platun. Komander Platun akan berurus dengan penjaga stor gantian tersebut dengan kadar satu sama satu . Penggantian ini akan dibuat dalam bulan Januari. Platun Komander hendaklah berhubung dengan Penjaga stor untuk ukuran pakaian bagi tiap-tiap ahli Kadet.(Semua pemberian gantian pakaian seragam adalah kain yang belum berjahit dan penjaga stor adalah bertanggungjawab untuk menguruskan tender untuk menjahit pakaian tersebut).
  12. Tatacara pemakaian pakaian seragam kadet polis perempuan dan kadet polis lelaki adalah seperti berikut:

Tatacara Pemakaian Uniform PKP

1. BAJU

Baju kemeja potongan polis biasa berlengan pendek. Pegawai berpangkat Sarjan Mejar ke atas boleh memakai 'bush jacket' sebagai pilihan. Bagi anggota Kadet Wanita memakai 'bush jacket' berlengan panjang.


2. SELUAR

Seluar panjang


3. BERET POLIS

Semua ahli Pasukan Kadet dikehendaki memakai beret sebagai penutup kepala.


4. LENCANA POLIS

Lencana Polis Diraja Malaysia hendaklah dipakai pada beret, dengan dilapik dengan pelapik biru (turquoise).


5. LENCANA BAHU

Lencana bahu kain yang bertulis 'KADET POLIS' hendaklah dipakai 3 cm di bawah lidah bahu di kanan dan kiri.


6. TALI PINGGANG

Tali pinggang nilon berwarna biru. Kepala tali pinggang berlambangkan Polis Diraja Malaysia.


7. BUTANG BAJU

Butang plastik berukuran sedang berwarna baju bagi APR (Anggota Pangkat Rendah)/anggota dan butang logam bagi pegawai kanan.


8. KASUT

Kasut Potong kulit bertali berwarna hitam.


9. WISEL

Sama seperti bentuk wisel polis


10. SARUNG KAKI

Sarung kaki nilon berwarna hitam.


11. APULET

Pegawai Kanan memakai apulet berwarna biru/hitam


12. LENCANA KOLAR

Dipakai di hujung kolar baju kanan dan kiri bagi semua pegawai dan anggota kadet.


13. LENCANA PANGKAT

Bagi Pegawai Kanan, struktur dan bentuk adalah sama dengan Pegawai Kanan Polis biasa. Bagi Pegawai Pangkat Rendah mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan dipakai di kanan dan di kiri lidah bahu baju.


14. LENCANA SEKOLAH

Lencana sekolah hendaklah dipakai di tengah-tengah poket sebelah kiri baju.


15. TANDA NAMA

Tanda nama berwarna hitam berukuran 2 cm x 7 cm hendaklah dipakai di atas poket sebelah kanan baju.


16. TALI LEHER

Tali leher PDRM berjalur berwarna biru tua hendaklah dipakai semasa perbarisan rasmi dan perbarisan perkhemahan tahunan. Permakaiannya sebagaimana yang telah ditetapkan.


17. WARNA PAKAIAN SERAGAM

Baju - biru gelap

Seluar - panjang biru gelap








Perlembagaan Pasukan Kadet Polis


RUJUKAN
Peratuaran ini hendaklah dibaca bersama dengan:
i . Bahagian XI Akta Polis No. 41/1967.
ii. Lampiran A Akta Polis No. 41/1967 Peraturan - Peraturan Pasukan Kadet Polis Di Raja Malaysia 1969.

TUJUAN
Tujuan Penubuhan Pasukan Kadet Polis ialah untuk memupuk kesedaran sivik di kalangan pelajar-pelajar sekolah terhadap tanggungjawab mereka kepada masyarakat bagi memelihara undang-undang dan menjaga ketenteraman awam dalam membantu untuk mengeratkan hubungan harmoni di antara Polis dan masyarakat.

AKTA PENUBUHAN
Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun PKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut:
Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolah
Pangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.
Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.

Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan PKP dengan mengisi borang jadual pertama (Kaedah 5) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan sokongannya, dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Kontijen dan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

ORGANISASI
Setiap platun PKP dianggotai seramai 35 orang iaitu seorang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, tiga orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 30 orang sebagai anggota kadet.
Setiap empat platun atau lebih akan dijadikan satu kompeni dengan berjawatan seorang ASP Kadet sebagai Komander Kompeni, seorang inspektor kadet sebagai Penolong Komander Kompeni, empat orang inspektor kadet sebagai Komander Platun, seorang sub inspektor kadet sebagai Sab-Inspektor Kompeni, seorang sarjan mejar sebagai Sarjan Mejar Kompeni, empat orang sarjan kadet sebagai Sarjan Platun, dua belas orang koperal kadet sebagai Ketua Seksyen dan 120 orang anggota kadet.
Walau bagaimanapun kelonggaran diberi jika mana-mana pasukan mempunyai jumlah platun yang kurang atau lebih bagi membolehkan penubuhan satu kompeni dan seterusnya.

PENUBUHAN PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
Penubuhan PKP di sekolah-sekolah adalah dirujuk mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 Akta Polis 1967.

Kaedah-kaedah Penubuhan Pasukan Kadet Polis DiRaja 1969 bertarikh 20 November 1969 seperti berikut:

  1. Permohonan Untuk Penubuhan Pasukan Kadet: Sesuatu permohonan untuk menubuhkan satu PKP di mana-mana sekolah hendaklah dibuat oleh Pengetua Sekolah itu kepada Pegawai Memerintah melalui Jabatan Pendidikan Negeri mengikut Borang Jadual Pertama (Kaedah 5)
  2. Permohonan Untuk Pendaftaran Anggota PKP: Permohonan untuk pendaftran anggota PKP hendaklah dibuat mengikut Borang Jadual Kedua (Peraturan 6) kepada Pegawai Memerintah/Ibu Pejabat Polis Daerah melalui Komander Kompeni.
  3. Permohonan Menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis: Setiap pemohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet Polis hendaklah mengisi Borang Jadual Ketiga (Kaedah 7) kepada Ketua Polis Negara melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
  4. Kelayakan Untuk Pendaftaran: Pendaftaran sebagai anggota PKP adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Kelayakan untuk memohon memasuki Pasukan Kadet Polis mengikut Akta Polis 1967 adalah seperti berikut:
    a) Pelajar sekolah menengah lelaki dan perempuan yang berumur antara 14 hingga 21 tahun boleh memohon untuk menjadi ahli Kadet;
    b) Guru - guru yang berumur di antara umur 21 hingga 50 tahun boleh memohon untuk menjadi Pegawai Kanan Kadet;
    c) Mana-mana orang antara umur 21 dan 50 tahun yang telah diluluskan oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri ,boleh diambil sebagai Pegawai Kanan Kadet;
    d) Anggota-anggota daripada Pasukan Bersenjata, Pasukan Kadet yang sedia ada, Pengakap, Pandu Puteri,St.Johns,Bulan Sabit Merah atau sebarang badan - badan lain, atau unit lain, tidak dibenarkan menjadi ahli Pasukan Kadet Polis.
    e) Semua ahli lelaki mestilah berukuran 4 kaki 6 inci tinggi atau lebih.
    f) Semua ahli wanita mestilah berukuran 4 kaki 3 inci tinggi atau lebih.
  5. Akuan: Semua pelajar yang mendaftar sebagai anggota PKP hendaklah mengisi dan menandatangani Surat Akuan Taat Setia dalam Jadual Keempat (Kaedah 9).
  6. Mewakilkan Kuasa-kuasa: Pegawai Memerintah boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 70 Akta Polis, 1967 kepada mana-mana pegawai-pegawai lain dalam Pasukan PDRM untuk menjalankan kewajipan-kewajipannya untuk menubuhkan dan menguruskan PKP.
  7. Pemeriksaan Doktor/Pegawai Perubatan:
    i. Pemohon-pemohon untuk pendaftaran dalam PKP adalah dikehendaki hadir di hadapan satu jawantankuasa yang terdiri daripada tiga pegawai yang dilantik oleh Pegawai Memerintah dan setiap pemohon juga dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan mereka oleh Doktor/Pegawai Perubatan yang bertauliah.
    ii. Seseorang pemohon yang layak diterima memasuki PKP setelah diperiksa oleh Doktor/Pegawai Perubatan, boleh didaftarkan dalam PKP dan mana-mana anggota yang tidak menjaga tahap kesihatannya, pada bila-bila masa hendaklah diberhentikan.
  8. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan: Apabila didaftarkan, seseorang anggota PKP hendaklah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama dua bulan dan pada akhir tempoh itu ia boleh diperiksa apa-apa juga sebagaimana yang ditetapkan oleh Pegawai Memerintahnya. Jika keputusan pemeriksaan itu mendapati ia tidak layak untuk terus menjadi anggota PKP, maka ia hendaklah diberhentikan.

Unit-Unit Dalam PDRM





PDRM PILIHAN KERJAYA ANDA

Polis Diraja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara Malaysia. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam lain-lain perkhidmatan. Pelbagai bahagian yang terdapat didalamnya boleh menawarkan peluang kerja yang mencabar dan menyeronokkan, membuatkan hidup menjadi lebih bermakna.

Disamping berkhidmat untuk negara, anda juga berpeluang mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin terdapat pada diri anda.
  • Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
  • Polis Marin
  • Pasukan Polis Hutan (sekarang dikenali sebagai PGA)
  • Semboyan
  • Komputer
  • Unit Berkuda
  • Unit Udara
  • Trafik (Caw.Lalu-lintas)
  • Tugas Am
  • Pengangkutan
  • Unit Tindakhas (UTK)
  • Cawangan kereta Perisai
  • Persenjataan
  • Jabatan Siasatan Jenayah
  • Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan
  • Cawangan Anti dadah (Narkotik)
  • Cawangan Khas (SB)
  • Bekalan (NAU)
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengesan (Dog Unit)
  • Pancaragam Polis Diraja
  • Polis Pelancong
  • Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)

CARA PEMILIHAN
Bagaimana untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia. Inilah cara-caranya
  • Melalui perlantikan sebagai Konstabel.
  • Melalui perlantikan sebagai Inspektor Percubaan.
  • Melalui perlantikan sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis.

Apa pula jika anda telah terpilih bagi menyertai pasukan Polis ini, anda dimestikan mengikuti kursus serta latihan-latihan seperti berikut:
  • Menjalani kursus asas selama 12 bulan atau pada satu tempoh yang ditetapkan mengikut arahan semasa dipusat-pusat latihan polis, mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani termasuk seni mempertahankan diri.
  • Menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan (untuk Inspektor Percubaan dan Kadet Penolong Penguasa Polis sahaja)
  • Menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun dari tarikh mula berkhidmat sebelum disahkan dalam jawatan.


KENAIKAN PANGKAT
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Untuk melayakan dinaikan pangkat, setiap anggota akan dinilai berapa lama telah berkhidmat dalam pangkat yang sedia ada, kecemerlangan dalam tugas dan mempunyai rekod yang baik.

Anugerah khidmat cemerlang juga diberikan kepada anggota polis yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang dalam tempoh satu-satu tahun. Anugerah ini membawa ganjaran berbentuk wang, cenderahati, cuti dan sijil.

KELAYAKAN PERMOHONAN
  • Konstabel - Lulus Sijil Rendah Pelajaran dengan mendapat kepujian Bahasa Malaysia.
  • Inspektor Percubaan - Lulus STPM/HSC dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa malaysia di peringkat SPM/MCE.
  • Kadet penolong Penguasa Polis - Ijazah dari mana-mana Universiti yang diiktiraf.
  • Warga Negara Malaysia (bagi semua peringkat)
  • Tinggi tidak kurang dari 1.57 m bagi lelaki dan 1.52 m bagi wanita.
  • Mempunyai daya penglihatan 6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta berpendengaran yang tidak cacat.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun.
  • Bagi Konstabel, umur maksima ialah 25 tahun (kecuali mereka daripada Angkatan Tentera menyambung perkhidmatan)