Unit-Unit Dalam PDRM





PDRM PILIHAN KERJAYA ANDA

Polis Diraja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara Malaysia. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam lain-lain perkhidmatan. Pelbagai bahagian yang terdapat didalamnya boleh menawarkan peluang kerja yang mencabar dan menyeronokkan, membuatkan hidup menjadi lebih bermakna.

Disamping berkhidmat untuk negara, anda juga berpeluang mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin terdapat pada diri anda.
  • Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)
  • Polis Marin
  • Pasukan Polis Hutan (sekarang dikenali sebagai PGA)
  • Semboyan
  • Komputer
  • Unit Berkuda
  • Unit Udara
  • Trafik (Caw.Lalu-lintas)
  • Tugas Am
  • Pengangkutan
  • Unit Tindakhas (UTK)
  • Cawangan kereta Perisai
  • Persenjataan
  • Jabatan Siasatan Jenayah
  • Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan
  • Cawangan Anti dadah (Narkotik)
  • Cawangan Khas (SB)
  • Bekalan (NAU)
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengesan (Dog Unit)
  • Pancaragam Polis Diraja
  • Polis Pelancong
  • Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)

CARA PEMILIHAN
Bagaimana untuk menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia. Inilah cara-caranya
  • Melalui perlantikan sebagai Konstabel.
  • Melalui perlantikan sebagai Inspektor Percubaan.
  • Melalui perlantikan sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis.

Apa pula jika anda telah terpilih bagi menyertai pasukan Polis ini, anda dimestikan mengikuti kursus serta latihan-latihan seperti berikut:
  • Menjalani kursus asas selama 12 bulan atau pada satu tempoh yang ditetapkan mengikut arahan semasa dipusat-pusat latihan polis, mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani termasuk seni mempertahankan diri.
  • Menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan (untuk Inspektor Percubaan dan Kadet Penolong Penguasa Polis sahaja)
  • Menjalani tempoh percubaan selama 3 tahun dari tarikh mula berkhidmat sebelum disahkan dalam jawatan.


KENAIKAN PANGKAT
Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Untuk melayakan dinaikan pangkat, setiap anggota akan dinilai berapa lama telah berkhidmat dalam pangkat yang sedia ada, kecemerlangan dalam tugas dan mempunyai rekod yang baik.

Anugerah khidmat cemerlang juga diberikan kepada anggota polis yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang dalam tempoh satu-satu tahun. Anugerah ini membawa ganjaran berbentuk wang, cenderahati, cuti dan sijil.

KELAYAKAN PERMOHONAN
  • Konstabel - Lulus Sijil Rendah Pelajaran dengan mendapat kepujian Bahasa Malaysia.
  • Inspektor Percubaan - Lulus STPM/HSC dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa malaysia di peringkat SPM/MCE.
  • Kadet penolong Penguasa Polis - Ijazah dari mana-mana Universiti yang diiktiraf.
  • Warga Negara Malaysia (bagi semua peringkat)
  • Tinggi tidak kurang dari 1.57 m bagi lelaki dan 1.52 m bagi wanita.
  • Mempunyai daya penglihatan 6/9 bagi kedua-dua belah mata yang diperiksa berasingan tanpa cermin mata dan pengamatan warna serta berpendengaran yang tidak cacat.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun.
  • Bagi Konstabel, umur maksima ialah 25 tahun (kecuali mereka daripada Angkatan Tentera menyambung perkhidmatan)